Parti Bersatu Sabah kekal dengan pendirian dan setia untuk bersama-sama gabungan politik tempatan sedia ada iaitu Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kata Presidennya, Datuk Seri Maximus Ongkili.<br /><br />Sambil menghargai kesediaan Parti Warisan untuk bekerjasama dengan PBS, jelas Ahli Parlimen Kota Marudu itu lagi, pihaknya memilih untuk bersama-sama dengan GRS.